click

Sunday, 2 February 2014

BENIH POKOK MERANTI BUKIT

SALAM FEB. 2014...
Hari ini admin akan memperkatakan tentang satu spesis pokok hutan iaitu, pokok Meranti Bukit atau bahasa saintifiknya Shorea platiclados. Ianya tergolong di dalam spesis jenis Dipterokarp Meranti merah tua atau shorea spp. (dark red).

Pokok Meranti Bukit yang terbesar dan tertua di dunia pernah di temui di Malaysia. Pokok ini di temui di Hutan Simpanan Kekal Relai, Kuala Krai, Kelantan. Ukur lilitnya 14.3 meter dan di katakan berusia lebih 1000 tahun. Spesis ini juga di iktiraf di dalam Malaysia Book Of Record pada tahun 2007.

meranti bukit terbesar di dunia

Mengikut pencarian admin, anak benih pokok spesis ini juga sukar diperolehi, walau bagaimanapun, di Meranti Trader, spesis ini stok tersedia sebanyak 5,000 anak benih.

benih meranti bukit
benih meranti bukit

Sesiapa berminat boleh lah menghubungi sama ada sms/whatsapp/call/line/wechat...serius buyer only..

019 988 02 15 (pok li)

sedia menunggu anda...sekian.


Saturday, 1 February 2014

KERUING MERAH DAN KERUING KIPAS

SALAM SABTU..
Pokok Keruing Merah tergolong di dalam kategori dipterocarp bukan meranti. Ianya di dalam kelompok spesis keruing yang berminyak. Umumnya, spesis keruing terbahagi kepada 2 jenis iaitu spesis berminyak dan spesis yang tidak berminyak. Nama saintifik bagi keruing merah adalah dipterocarpus verrucosus. Keruing Merah boleh dikenali melalui batangnya yang berwarna merah tua dan hujung daun juga berwarna kemerahan.
 
Benih Keruing Merah

Keruing kipas dikategorikan di dalam dipterocarp bukan meranti dan di dalam keluarga spesis keruing yang tidak berminyak. Nama saintifiknya Dipterocarpus costulatus. Biasanya boleh di temui di ketinggian sehingga 600meter kawasan berbukit. Spesis ini boleh amat mudah di kenali melalui daunnya yang seakan akan bentuk kipas.

Bentuk Daun Keruing Kipas




Benih Keruing Kipas


 Di Meranti Trader tiada yang mustahil, kami menyediakan anak benih pokok-pokok yang dinyatakan di atas. Berminat hubungi kami segera.

Sekian. Wassalam.

 

Thailand RoseWood (Dalbergia cochinchinensis)

Selamat pagi Malaysia..
Di sini saya akan perkatakan tentang satu spesis sukar dan baru, iaitu Thailand Rosewood atau di kenali juga sebagai Tracwood dan di sebut sebagai 'phayung' di Thailand. Istilah 'Rosewood' merujuk kepada pelbagai kaya hued, sangat tahan lama dan kayu semakin jarang dituai dari pelbagai spesies pokok di seluruh dunia. Kayu rosewood adalah sangat berharga untuk tujuan hiasan dan biasa digunakan dalam produk kayu mewah seperti perabot, alat muzik, hiasan dan venir. 

Spesis ini merupakan sejenis dari kayu keras yang amat terancam dan sejenis kayu yang amat berharga. Di katakan kayu ini boleh menyaingi kayu cengal, jati, merbau dari segi ketahanan, tekstur dan berada dalam kelasnya yang tersendiri terutamanya dalam pembuatan perabut serta seni ukiran.

Kayu dari pokok spesis ini amat mendapat permintaan yang tinggi di dunia terutamanya di Negara China. Kayu spesis ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri di mana di katakan mempunyai bau yang wangi seakan-akan teras pokok karas/depu serta tidak perlu melalui proses pelicinan atau syelek kerana ianya semulajadi sudah berkilat.

Setakat ini, rasanya spesis pokok ini masih baru di Malaysia. Walaubagaimanapun, admin meranti trader mampu menyediakan anak benih pokok ini bagi tujuan komersil di Malaysia. Berminat bagi mendapatkan benih pokok ini sila berhubung segera dengan kami.
 
Daun Thai Rosewood
Pokok Dewasa



Benih Thai Rosewood
 

Sekian...12.14pm





Wednesday, 29 January 2014

Selamat Tahun Baru Cina 2014...

Assalamualaikum....
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat....apapon admin meranti trader ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA dan selamat bercuti...kepada semua pembaca dan follower  di luar sana...berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang...







bercerita sedikit laa...cerita pasal pokok ajer boring jugok...ko guano...? Bior ler gambo bercerita...picture tu masa raya tahun..2012 ...apa pon yang penting ikatan kekeluargaan tu...

Bermula tahun 2008 lagi, kami sekeluarga akan balik di rumah keluarga belah wife..di Pasir Mas setiap tahun khasnya pada tahun baru cina....camtu gitu lah jugak pada hari raya aidilfitri...keluarga belah wife i akan datang bertandang ke rumah keluarga saya di bachok...meriah gitu...

sekian...ready for business start february 2014....tq.

p/s : benih pokok-pokok hutan jenis sukar dan baru bakal muncul di pasaran malaysia bermula pertengahan februari 2014....TUNGGU...



Thursday, 2 January 2014

Anak Pokok Hutan Ready Stock 2014

Salam satu Malaysia...semoga berada dalam keadaan sihat...di sini saya senaraikan beberapa spesis anak pokok hutan ready stok bagi tahun 2014, dan sedia untuk tempahan dan jualan....

1. Meranti bukit
2. Balau Membatu
3. Meranti Kepong
4. Merawan
5. Sepetir
6. Tualang
7. Meranti Seraya
8. Keruing Merah
9. Keruing Kipas
10. Keruing Bulu
11. Keruing Belimbing
12. Damar Minyak
13. Tembusu
14. Thai rosewood
15. Perah
16. Berangan
17. Kempas
18. Keranji
19. Berembang
20. Merbau Ipil
21. Mersawa Paya
22. Podocarpus
23. Ru bukit

Sekian, berminat calling saya laa...
019 988 0215
014 5299 005

Wasalam.

ANAK POKOK 2014...

Alhamdullilah...
Selamat datang tahun 2014....bersyukur ke Hadrat Ilahi masih di beri peluang untuk meneruskan saki baki sisa sisa hidup bak kata kawan saya.

Apa pun pokok tetap pokok...takan tertukar dengan spesis herbivor...setakat ini banyak juga telah menerima tempah anak pokok untuk tahun 2014...antaranya adalah seperti berikut :

Pokok berembang (sonneratia spp.)
Pokok ini merupakan spesis pokok paya bakau


Merbau Ipil (instia bijuga)
 


Pokok ini merupakan spesis pokok paya bakau


Mersawa Paya (Anisoptera marginata)


Anak-anak pokok ini merupakan spesis anak pokok yang sangat sukar untuk diperolehi, walau bagaimanapun segalanya bukan mustahil...pencarian sudah berakhir dan hasilnya jenis pokok spesis paya bakau ini sudah di jumpai...

dan bersedia untuk penghantaran pertama 2014...Alhamdulillah...
02.01.2014 4.02pm


DELIVERY SETTLE 2013

Salam 1 semalaysia...
Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan, dengan izinNya 2013...penghantaran segala tempahan anak pokok untuk tahun 2013...Syukur Alhamdullilah...






Selamat tinggal 2013....

Welcome 2014...!!!!