click

Saturday 1 February 2014

Thailand RoseWood (Dalbergia cochinchinensis)

Selamat pagi Malaysia..
Di sini saya akan perkatakan tentang satu spesis sukar dan baru, iaitu Thailand Rosewood atau di kenali juga sebagai Tracwood dan di sebut sebagai 'phayung' di Thailand. Istilah 'Rosewood' merujuk kepada pelbagai kaya hued, sangat tahan lama dan kayu semakin jarang dituai dari pelbagai spesies pokok di seluruh dunia. Kayu rosewood adalah sangat berharga untuk tujuan hiasan dan biasa digunakan dalam produk kayu mewah seperti perabot, alat muzik, hiasan dan venir. 

Spesis ini merupakan sejenis dari kayu keras yang amat terancam dan sejenis kayu yang amat berharga. Di katakan kayu ini boleh menyaingi kayu cengal, jati, merbau dari segi ketahanan, tekstur dan berada dalam kelasnya yang tersendiri terutamanya dalam pembuatan perabut serta seni ukiran.

Kayu dari pokok spesis ini amat mendapat permintaan yang tinggi di dunia terutamanya di Negara China. Kayu spesis ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri di mana di katakan mempunyai bau yang wangi seakan-akan teras pokok karas/depu serta tidak perlu melalui proses pelicinan atau syelek kerana ianya semulajadi sudah berkilat.

Setakat ini, rasanya spesis pokok ini masih baru di Malaysia. Walaubagaimanapun, admin meranti trader mampu menyediakan anak benih pokok ini bagi tujuan komersil di Malaysia. Berminat bagi mendapatkan benih pokok ini sila berhubung segera dengan kami.
 
Daun Thai Rosewood
Pokok Dewasa



Benih Thai Rosewood
 

Sekian...12.14pm





8 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatul admin, saya berminat dengan benih pokok rosewood ini, pertanyaan berapa harga anak benih pokok? Tempoh matang pokok rosewood berapa tahun untuk ditebang? Di mana saya boleh mendapatkannya?

    ReplyDelete
  2. 7tahun boleh tuai. harga semasa serendah 30 -40bath sepokok kuantiti yg banyaklah.

    ReplyDelete
  3. berminat nak dapatkan anak benih.mcm mna ye tuan?

    ReplyDelete
  4. Di mana saya boleh dpt anak benih pokok ni..bg no fon

    ReplyDelete