click

Sunday 26 October 2014

Cengal Hutan @ Cengal Batu

Salam semalaysia....
semoga sihat semuanya dan berada di dalam lindunganNYA. Tak Lupa juga salam maal Hijrah 1436.


Kali ini admin akan memperkatakan tentang spesis pokok hutan jenis berharga, mahal dan spesis kayu keras. Spesis yang dinyatakan adalah spesis Cengal atau nama saintifiknya Neobalanocarpus heimii, juga dikenali sebelum ini sebagai balanocarpus heimii (1001 garden plants in singapore).

Pokok Cengal ialah sejenis pokok kayu keras yang dapat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.


Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.
 
anak benih cengal

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

batang pokok cengal

Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di gunung Mandi Angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.
 
Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

 



Bagi yang berminat untuk mendapatkan benih pokok cengal ini boleh lah menghubungi admin, stok terkini 200,000 pokok. Ketinggian pelbagai dan bergantung kepada keperluan pelanggan.

Harga RM4....boleh runding dan penghantaran seluruh Malaysia.

Sekian Terima Kasih.
019 988 0215.