click

Saturday 8 February 2014

BALAU MEMBATU

SALAM 8 FEB. 2014...Semoga hidup kito di berkati OlehNya
 

Spesis pokok hutan Balau Membatu tergolong di dalam spesis pokok Dipterocarp Bukan Meranti (Shorea spp). Nama Saintifik spesis ini adalah Shorea guiso. Terdapat 2 jenis balau membatu iaitu balau membatu biasa dan balau membatu jantan (shorea ochrophloia)

Shorea guiso

Shorea guiso
Di dalam senarai meranti trader, hanya terdapat balau membatu biasa sahaja. Stok adalah terhad, kepada buyer yang berminat untuk mendapatkan benih pokok ini sila lah berhubung dengan admin segera. 

Sekian.


Sunday 2 February 2014

BENIH POKOK MERANTI BUKIT

SALAM FEB. 2014...
Hari ini admin akan memperkatakan tentang satu spesis pokok hutan iaitu, pokok Meranti Bukit atau bahasa saintifiknya Shorea platiclados. Ianya tergolong di dalam spesis jenis Dipterokarp Meranti merah tua atau shorea spp. (dark red).

Pokok Meranti Bukit yang terbesar dan tertua di dunia pernah di temui di Malaysia. Pokok ini di temui di Hutan Simpanan Kekal Relai, Kuala Krai, Kelantan. Ukur lilitnya 14.3 meter dan di katakan berusia lebih 1000 tahun. Spesis ini juga di iktiraf di dalam Malaysia Book Of Record pada tahun 2007.

meranti bukit terbesar di dunia

Mengikut pencarian admin, anak benih pokok spesis ini juga sukar diperolehi, walau bagaimanapun, di Meranti Trader, spesis ini stok tersedia sebanyak 5,000 anak benih.

benih meranti bukit
benih meranti bukit

Sesiapa berminat boleh lah menghubungi sama ada sms/whatsapp/call/line/wechat...serius buyer only..

019 988 02 15 (pok li)

sedia menunggu anda...sekian.


Saturday 1 February 2014

KERUING MERAH DAN KERUING KIPAS

SALAM SABTU..
Pokok Keruing Merah tergolong di dalam kategori dipterocarp bukan meranti. Ianya di dalam kelompok spesis keruing yang berminyak. Umumnya, spesis keruing terbahagi kepada 2 jenis iaitu spesis berminyak dan spesis yang tidak berminyak. Nama saintifik bagi keruing merah adalah dipterocarpus verrucosus. Keruing Merah boleh dikenali melalui batangnya yang berwarna merah tua dan hujung daun juga berwarna kemerahan.
 
Benih Keruing Merah

Keruing kipas dikategorikan di dalam dipterocarp bukan meranti dan di dalam keluarga spesis keruing yang tidak berminyak. Nama saintifiknya Dipterocarpus costulatus. Biasanya boleh di temui di ketinggian sehingga 600meter kawasan berbukit. Spesis ini boleh amat mudah di kenali melalui daunnya yang seakan akan bentuk kipas.

Bentuk Daun Keruing Kipas




Benih Keruing Kipas


 Di Meranti Trader tiada yang mustahil, kami menyediakan anak benih pokok-pokok yang dinyatakan di atas. Berminat hubungi kami segera.

Sekian. Wassalam.

 

Thailand RoseWood (Dalbergia cochinchinensis)

Selamat pagi Malaysia..
Di sini saya akan perkatakan tentang satu spesis sukar dan baru, iaitu Thailand Rosewood atau di kenali juga sebagai Tracwood dan di sebut sebagai 'phayung' di Thailand. Istilah 'Rosewood' merujuk kepada pelbagai kaya hued, sangat tahan lama dan kayu semakin jarang dituai dari pelbagai spesies pokok di seluruh dunia. Kayu rosewood adalah sangat berharga untuk tujuan hiasan dan biasa digunakan dalam produk kayu mewah seperti perabot, alat muzik, hiasan dan venir. 

Spesis ini merupakan sejenis dari kayu keras yang amat terancam dan sejenis kayu yang amat berharga. Di katakan kayu ini boleh menyaingi kayu cengal, jati, merbau dari segi ketahanan, tekstur dan berada dalam kelasnya yang tersendiri terutamanya dalam pembuatan perabut serta seni ukiran.

Kayu dari pokok spesis ini amat mendapat permintaan yang tinggi di dunia terutamanya di Negara China. Kayu spesis ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri di mana di katakan mempunyai bau yang wangi seakan-akan teras pokok karas/depu serta tidak perlu melalui proses pelicinan atau syelek kerana ianya semulajadi sudah berkilat.

Setakat ini, rasanya spesis pokok ini masih baru di Malaysia. Walaubagaimanapun, admin meranti trader mampu menyediakan anak benih pokok ini bagi tujuan komersil di Malaysia. Berminat bagi mendapatkan benih pokok ini sila berhubung segera dengan kami.
 
Daun Thai Rosewood
Pokok Dewasa



Benih Thai Rosewood
 

Sekian...12.14pm