click

Tuesday 12 March 2013

tower tree / Schizolobium Parahybum

As salam....

Tower tree atau nama saintifiknya schizolobium parahybum boleh dijumpai dimana-mana sebab landscape arkitek banyak guna pokok ini kerana karekternya yang unik, mempunyai nilai estetiknya tersendiri malah senang tumbuh di malaysia kerana kesesuaian hidup di iklim khatulistiwa. Cepat membesar (boleh capai 7meter dalam 3 tahun)ketinggian matang pokok boleh mencecah 35 meter.

 
tower tree
sesuai di tanam di tepi bangunan
  
sesuai untuk kawssan taman-taman





 anda berminat blh col/sms : 019 988 0215/ 014 5299 005






Friday 8 March 2013

Pokok Doa @ Bucida Molineti (jenis landskap)

As salam dan selamat sejahtera semua...

 

Di sini saya promosikan serba sedikit tentang pokok landskap iaitu pokok doa/bucida/busera.......selamat membaca.... 

 

Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. 

  

Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol. Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. 

 

Berminat untuk dapatkannya col/sms 014 5299 005...



stok pokok bucida

di tanam di kwsn perumahan
 
di tanam di laluan awam
teduhan di kawasan bandar
sampel tempat awam/permainan

Thursday 7 March 2013

Palma Ekor Musang/Tupai



Assalamualaikum....
Salam sejahtera  kepada semua pelanggan,
Syarikat kami membekalkan palma Ekor musang/tupai, sejenis palma yang banyak digunakan untuk menghiasi bandar-bandar utama dan halaman rumah. Kami menjual palma ekor musang/tupai dari pelbagai saiz dan ketinggian untuk kontraktor lanskap dan orang perseorangan. Syarikat kami telah menanam sehingga 1000 pokok palma ini dan menawarkan harga yang paling berpatutan.

Palma ekor tupai/musang
Foxtail Palm atau Palma Ekor Musang dikenali dengan nama saintifik Wodytia bifurcata sejenis palma yang menarik, popular dan mempunyai permintaan yang tinggi. Foxtail palm banyak ditanam sebagai tanaman hiasan di bandar-bandar utama, di sepanjang jalan, di kawasan bulatan jalan, menghijaukan suasana kawasan kediaman rumah dan bangunan-bangunan kerajaan.

Sekiranya anda berminat membeli palma ini, syarikat kami menjual dari ketinggian 1 kaki- 13 kaki. Sila hubungi saya, 019 9880215/014 5299 005...