click

Saturday 25 July 2015

Benih kelampayan @ neolamarckia cadamba

Kelampaian @ Kelampayan dan nama saintifiknya neolamarckia cadamba dari keluarga rubiaceae.
kelampayan 1 tahun 1 bulan
 Kelebihan pokok ini bukan sahaja sebagai bahan mentah industri papan lapis, tetapi setiap bahagian pokoknya boleh digunakan bagi tujuan perubatan, industri perabot, kertas dan juga sejenis pokok yang mempunyai pertumbuhan yang cepat matang.

dahan @ batang kelampaian
Kelampaian merupakan sejenis spesis pokok kayu yang cepat matang iaitu antara 5 hingga 10 tahun. Di dalam pesekitaran biasa, ketinggian pokok ini boleh mencecah 17meter serta diameter batangnya boleh mencecah 25 cm.


Bagi pokok yang sudah matang ianya boleh mencecah dan melebihi 20 hingga 30 meter tinggi serta diameternya batangnya boleh mencapai 50 hingga 100 cm.


daun benih
Spesis ini juga merupakan jenis yang mempunyai tekstur sederhana, tidak berbau, kurang berkilat, bersih serta mempunyai permukaan yang rata serta sesuai bagi penggunaan paku.

benih kelampayan


Bagi yang berminat dengan pokok ini, sila hubungi segera....
019 988 0215
Bagi yang berminat dengan pokok ini, sila hubungi segera....
019 988 0215
Bagi yang berminat dengan pokok ini, sila hubungi segera....
019 988 0215

stok 30,000 pokok....

sekian dulu.


Monday 20 July 2015

BENIH ROTAN MANAU @ calamus manan

Salam Edulfitri 2015....
Semoga kita semua berada di dalam LindunganNYA....

Kali ini admin akan menceritakan sejenis rotan iaitu Rotan Manau atau nama saintifiknya calamus manan. Ianya merupakan sejenis pokok dalam kategori rotan. Rotan Manau merupakan spesis rotan berdiameter besar dan amat penting sebagai bahan mentah dalam industri perabot.

Pada pertengahan tahun 1980an, kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan rotan di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ianya melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri.

Bagi yang berminat untuk dapatkan benih spesis Rotan Manau ini, kami ada menyediakan benih spesis ini sehingga 20,000 pokok.

benih rotan manau
Berminat hubungi kami....019 988 0215 (call/sms/whatapps).
sekian, 
09.15pm, 20.07.2015