click

Saturday 1 February 2014

KERUING MERAH DAN KERUING KIPAS

SALAM SABTU..
Pokok Keruing Merah tergolong di dalam kategori dipterocarp bukan meranti. Ianya di dalam kelompok spesis keruing yang berminyak. Umumnya, spesis keruing terbahagi kepada 2 jenis iaitu spesis berminyak dan spesis yang tidak berminyak. Nama saintifik bagi keruing merah adalah dipterocarpus verrucosus. Keruing Merah boleh dikenali melalui batangnya yang berwarna merah tua dan hujung daun juga berwarna kemerahan.
 
Benih Keruing Merah

Keruing kipas dikategorikan di dalam dipterocarp bukan meranti dan di dalam keluarga spesis keruing yang tidak berminyak. Nama saintifiknya Dipterocarpus costulatus. Biasanya boleh di temui di ketinggian sehingga 600meter kawasan berbukit. Spesis ini boleh amat mudah di kenali melalui daunnya yang seakan akan bentuk kipas.

Bentuk Daun Keruing Kipas




Benih Keruing Kipas


 Di Meranti Trader tiada yang mustahil, kami menyediakan anak benih pokok-pokok yang dinyatakan di atas. Berminat hubungi kami segera.

Sekian. Wassalam.

 

No comments:

Post a Comment