click

Sunday, 25 May 2014

SPESIS PODOCARPUS

Selamat pagi semua, semoga kita semua berada di dalam lindunganNya...

Setelah sekian lama menyepi, kita admin kembali dan akan menulis sejenis tumbuhan ajaib ciptaan Ilahi. Nama tumbuhan ini agak unik, iaitu spesis PODOCARPUS.

Pokok Podocarpus
Podocarpus merupakan perkataan Yunani yakni podos bermaksud 'kaki' dan carpus bermaksud 'buah'. Spesis pokok ini merupakan genus konifer. Spesis pokok ini merupakan spesis pokok yang cantik dan menarik yang biasanya dijadikan pokok bonsai, landskap dan juga pokok pagar di setengah tempat terutamanya di Eropah.
 
Bonsai Podocarpus
Bonsai Podocarpus
 pokok pagar podocarpus

Berdasarkan pencarian dan pembacaan admin antara spesis podocarpus adalah seperti podocarpus macrophyllus, podocarpus neriifolius, podocarpus polystachyus dan podocarpus rumphii. Pencarian dan data ini adalah berdasarkan carian google dan buku "1001 Garden Plants In Singapore". 

Secara amnya spesis pokok ini boleh di temui di negara seperti India, Sri Lanka, Indochina, Filipina, Malaysia, Indonesia, Thailand dan beberapa negara beriklim sejuk sederhana. Pokok ini juga merupakan spesis pokok yang sangat sesuai di tanam di kawasan tanah tinggi sebagai pokok landskap, penahan runtuhan tanah dan hakisan.

stok podocarpus

Gambar di atas merupakan stok pokok podocarpus yang di dalam linkungan radar admin, berjumlah 1000 pokok dan tinggi 3-4 kaki. Bagi yang berminat untuk mendapatkanya sila berhubung dengan admin admin sebelum kehabisan stok. kita deal sampai jadi.

sekian dulu....

terima kasih.
11.57am waktu malaysia.



Friday, 2 May 2014

POKOK BUAT KERTAS Double A

Selamat bulan Rejab @ Mei 2014..semoga kita senang sentiasa di bawah lindungannya...

Kali ini admin akan menceritakan sejenis pokok yang sekarang digunakan di kilang kertas DOUBLE A di Thailand. Terlebih dahulu admin akan mencertikan suatu konsep luarbiasa yang digunakan oleh mereka yang membantu dalam pemuliharaan hutan semulajadi yang sedia di dunia. 


KHAN-NA adalah perkataan Thai yang merujuk kepada suatu ruang kosong yang memisahkan sawah padi. Ruang kosong ini yang digunakan oleh petani sebagai satu laluan ketika melawat dan memeriksa tanaman mereka seperti padi, jagung atau ubi kayu. Selain daripada ini, Khan-na tidak mempunyai kegunaan lain dan kekal terbiar selepas tempoh musim menuai.



Menggunakan konsep Khan-Na, iaitu menggunakan ruang kosong di sekitar dan di antara sawah padi petani Thailand untuk penanaman pokok-pokok untuk dijadikan kertas. Pokok kertas double A ini hanya mengambil masa selama 4 tahun sahaja untuk di tuai. 

Di mana dengan menggunakan konsep ini, ruang-ruang kosong ini digunakan secara optimum sekali, hasil penyelidikan mereka selama 25 tahun. Penggunaan konsep khan-na ini membolehkan mereka tidak bergantung 100% kepada hutan semulajadi bagi penghasilan pulpa kertas. Di samping itu, penanaman pokok in di khaskan kepada petani dan juga sebagai pendapatan tambahan kepada mereka



Kepada mereka yang memerlukan benih pokok kertas double A ini boleh mendapatkannya dari admin. Pokok ini dikenali sebagai pokok 'KRATING' dalam bahasa tempatan Thailand.Terdapat 2 jenis pokok double A ini, iaitu jenis daun kecil dan jenis daun besar,




Sekian sahaja untuk kali ini....
1.00pm jumaat.
019 9880215



Monday, 28 April 2014

POKOK KELAMPAIAN @ KELAMPAYAN

Salam dan Good Evening.....
Semoga kita semua berada dalam LindunganNya. Pada Penghujung Bulan April 2014 ini, admin akan memperkatakan tentang sejenis pokok spesis hutan, iaitu pokok Kelampaian @ Kelampayan dan nama saintifiknya neolamarckia cadamba dan dari keluarga rubiaceae.


pokok kelampayan
 Pokok ini mempunyai pelbagai nama antaranya di India dikenali sebagai Kadam, di China kenali sebagai pokok Ajaib, dan di Indonesia di kenali sebagai pokok Jabon. Kelebihan pokok ini bukan sahaja sebagai bahan mentah industri papan lapis, tetapi setiap bahagian pokoknya boleh digunakan bagi tujuan perubatan, industri perabot, kertas dan juga sejenis pokok yang mempunyai pertumbuhan yang cepat matang.

dahan @ batang kelampaian
Kelampaian merupakan sejenis spesis pokok kayu yang cepat matang iaitu antara 5 hingga 10 tahun. Di dalam pesekitaran biasa, ketinggian pokok ini boleh mencecah 17meter serta diameter batangnya boleh mencecah 25 cm. Bagi pokok yang sudah matang ianya boleh mencecah dan melebihi 20 hingga 30 meter tinggi serta diameternya batangnya boleh mencapai 50 hingga 100 cm. Spesis ini juga merupakan jenis kayu keras yang mempunyai tekstur sederhana, tidak berbau, kurang berkilat, bersih serta mempunyai permukaan yang rata serta sesuai bagi penggunaan paku.

buah pokok kelampayan
Kulit pokok ini yang sudah kering boleh digunakan sebagai ubatan bagi meredakan demam, manakala daunnya boleh digunakan sebagai pencuci mulut, serta antibiotik bagi sakit perut, demam, batuk dan radang. Bunga dan akarnya boleh digunakan sebagai bahan asas minyak angin atau atar.

Benih pokok Kelampaian
Penemuan terbaru dan terbesar menunjukkan pokok kelampaian berpotensi sebagai suatu sumber bagi pengeluaran bio-tenaga baru pada masa hadapan.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan benih bagi tujuan komersil bolehlah menghubungi admin bagi perbincangan lanjut.

Sekian.
3.09pm waktu malaysia.
6019 988 0215





Friday, 11 April 2014

BENIH POKOK KAPUR (Dryobalanops aromatica)

As salam semua...
Salam pagi jumaat, semoga hidup kita semua di berkati olehNya.


Kali ini admin akan memperkatakan sejenis pokok yang mempunyai keistimewaan baunya, yakni Pokok Kapur atau nama saintifiknya Dryobalanops aromatica

Pokok Kapur merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta negara-negara Asean yang lain. Tumbuhan ini mempunyai taburan semulajadi di hutan Malaysia, ia meliputi di bahagian timur Terengganu, Pahang dan Johor dan satu kawasan kecil di Rawang, Selangor.

keunikkan pokok kapur
Lazimnya, pokok Kapur tumbuh di hutan dipterokarp pamah dan hutan dipterokarp bukit. Ia tumbuh lebih banyak di kawasan cerun-cerun dan lereng-lereng bukit.berbanding di kawasan tanah pamah atau rata. Secara semula jadinya, pokok kapur tumbuh secara berkelompok dengan jumlah yang banyak di sesuatu lokasi yang sesuai.

Buah, daun, damar serta minyaknya banyak digunakan di dalam ubatan tradisional. Minyak pokok kapur dihasilkan melalui tebukan lubang di dalam batang pokok atau diekstrak dari batang kaedah moden. Manakala damar pokok kapur dihasilkan melalui lukaan kulit luar pokok secara semulajadi atau  buatan manusia

Benih Pokok Kapur

Bentuk Daun

Bentuk hujung Daun

Bentuk Daun

Selain itu, keistimewaan pokok ini adalah disebutkan di dalam Al-Quran surah 76 ayat ke 5 (76:5)

Bagi yang berminat untuk dapatkan benih pokok kapur ini, sila hubungi admin.
Stok terkini 5000 pokok.


Sekian, terima Kasih.
10.48am


Friday, 4 April 2014

Merawan Siput Jantan @ Cengal Pasir

Salam 1Malaysia....
Selangkah lagi kita ke Bulan April 2014, maka bertambah lagi umur kita serta isi alam sedunia. Kali ini admin akan menulis spesis hutan jenis Merawan Siput Jantan atau nama Saintifiknya Hopea Odorata.

Umumnya mengetahui spesis pokok ini dikenali dengan pelbagai nama, antaranya Cengal Pasir, Cengal Kampung, Telshur dan Takian. Tergolong di dalam keluarga Dipterocarpaceae, serta kumpulan dipterokarp bukan Meranti. Mengikut wikipedia, spesis 
merawan (hopea spp.) terbahagi kepada 19 jenis iaitu :


Merawan
Hopea spp. (Merawan)
Merawan batu
Hopea beccariana
Merawan bunga
Hopea pubescens
Merawan daun laut
Hopea latifolia
Merawan gunung
Hopea montana
Merawan jangkang
Hopea nervosa
Merawan jantan
Hopea griffithii
Merawan jeruai
Hopea sublanceolata
Merawan kelabu
Hopea glaucescens
Merawan mata kucing beludu
Hopea myrtifolia
Merawan mata kucing bukit
Hopea pedicellata
Merawan mata kucing hitam
Hopea dryobalanoides
Merawan mata kucing merah
Hopea ferruginea
Merawan mata kucing pipit
Hopea johorensis
Merawan meranti
Hopea sulcata
Merawan palit
Hopea dyeri
Merawan penak
Hopea mengarawan
Merawan siput
Hopea sangal
Merawan siput jantan
Hopea odorata
Merawan ungu
Hopea bracteata

Tumbuhan ini biasanya terdapat di negara-negara Indochina serta semenanjung malaysia 
utara. Ketinggian pokok dewasanya boleh mencecah 45 meter serta diameter batangnya
boleh mencecah 4.5meter. Kebiasaannya pokok ini berada di altitud 0-600meter dari aras 
laut. Dikenali sebagai sejenis pokok yang mudah hidup, tahan lasak serta  mudah  diurus.










Gambar di atas menunjukkan stok sebanyak 10,000 pokok merawan siput jantan pelbagai 
ketinggian di dalam takluk admin, berminat untuk dapatkan sila hubungi segera admin.

Sekian dulu, Terima Kasih.





Tuesday, 25 March 2014

Tembusu Hutan dan Tembusu Padang

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.....
Bersyukur saya ke hadrat Ilahai masih di beri kesempatan menruskan penulisan blog pokok-pokok hutan. Sebelum tu Al-fatihah disedekahkan kepada penumpang MH370 dan salam takziah. Kita mampu merancang Allah yang akan menentukannya, sentiasalah kita bersangka baik kepadaNya.

Kali ini admin akan menengahkan mengenai sejenis pokok yang senang untuk di lihat di mana-mana tetapi sukar untuk didapati benihnya di Malaysia. Pokok yang di nyatakan adalah spesis Tembusu. Terdapat 2 jenis spesis Tembusu iaitu Tembusu Hutan dan Tembusu Padang. Nama santifiknya fagraea spp.. Tembusu Hutan dikenali sebagai fagraea gigantea manakala Tembusu Padang pula fagraea fragrans. Apa bezanya kedua-dua spesis tersebut ?

Kedua-dua spesis ini merupakan sejenis pokok yang sama bezanya pada tempat di mana spesis ini tumbuh. Contohnya, jika spesis ini tumbuh di padang maka namanya dikenali sebgai Tembusu Padang, manakala jika tumbuh di hutan dikenali sebagai Tembusu Hutan. pada hakikatnya ianya merupakan spesis pokok yang sama.
 
fagraea spp.
Spesis pokok ini admin sudah iklankan di mudah.my dan sambutannya agak menggalakan. Stok bagi benih pokok ini adalah 8000 pokok, terbahagi kepada 2 ketinggian iaitu, 2 kaki jumlah stok 1000 pokok dan 3 kaki ke atas 7000 pokok. Spesis ini spesis yang sangat mudah di urus, tahan lasak serta mudah hidup subur seperti spesis Cengal Pasir. Pokok ini juga sesuai di tanam di kawasan ladang hutan, tapak-tapak projek, serta boleh dijadikan sebagai tanaman ganti kawasan membalak.

sekian terima kasih.
 




 

Saturday, 1 March 2014

POKOK PERLINDUNGAN FAUNA

Salam Semua...
Hari ni masuklah kita ke bulan ke 3 yakni bulan Mac tahun 2014. Sekejap sahaja masa berlalu, aku berpesan kepada diriku dan pembaca sekelian, gunakanlah masa yang diberikan Sang Pencipta dengan sebaik mungkin. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Alhamdullilah syukur saya masih diberikan kesempatan dan peluang meneruskan kehidupan olehNya bersama keluarga tercinta.

Bulan Mac setiap tahun biasanya akan bermulanya projek-projek dan tender kerajaan serta pembelian anak-anak benih pokok khasnya di Jabatan Perhutanan Seluruh Malaysia serta agensi-agensi swasta serta beberapa pertubuhan NGO.

Kali ini, admin akan memperkatakan beberapa spesis pokok hutan yang terancam dan pokok perlindungan bagi spesis fauna. Beberapa spesis pokok ini sukar diperolehi anak benihnya bagi kerja-kerja menyulam semula selepas proses pembalakan. Spesis pokok ini merupakan punca sumber makanan menyebabkan kitar hidup semulajadi khususnya spesis fauna, seperti burung-burung, monyet, kera, dan sebagainya yang akan mengalami kemerosotan dari segi rantaian kehidupan.

Pokok hutan yang akan dinyatakan merupakan pokok hutan yang jenis yang berbuah. Berikut merupakan beberapa jenis pokok hutan yang mengalami kemerosotan dan terancam akibat dari kerakusan kerja-kerja pembalakan dan DI LARANG TEBANG di beberapa jabatan perhutanan negeri.

1.  Pokok Ara (ficus spp.)

2. Pokok Kerdas (archidendron bubalirum)

3. Pokok Jering (Archidendron jiringa)

4. Pokok Petai (parkia sp.)

5. Pokok Tampoi (baccaurea maingayi)

6. Pokok Temponek (artocarpus rigidus)

7. Rambutan Hutan (nephelium lappaceum)

8. Asam Gelugor (garcinia artoviridis)

9. Kundang Hutan (bouea macrophyla)

10. Kelampaian (Neolamarckia cadamba)

11. Machang (Mangifera longipetiolata)

12.Keranji (Dialium sp.)

13. Sentul (Sandoricum koetiape)

14. Durian Kampung (Durio zibethinus)

15. Pokok Pala (Myristica sp.)

16. Mata Pelanduk (Ardisia elliptica)

17. Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus)

18. Cempedak (Artocarpus integer)

19. Pokok Berangan (Castanopsis spp.)

 
20. pokok Kedondong

21. Pauh (Irvingia malayana)

22. Tualang

23. pokok kiat (x jumpo nama saintifik)

24. pokok kecupu (Garcinia prainiana)

Setakat ini, itu sahaja beberapa jenis pokok perlindungan fauna, walaubagaimanapun bagi yang berminat untuk mendapatkan benih-benih pokok ini boleh calling caling admin...019 988 0215

InsyAllah pokok ini terdapat di dalam radar admin.....sekian dulu....

sekian...wasalam...2.44pm