click

Friday 20 September 2013

Kenali Beza Pokok Karas Malaysia dan Karas Thailand (siam)

Salam 1Malaysia....
Disini saya akan memperkatakan perbezaan antara anak pokok karas Malaysia dan anak pokok karas Thailand. Tentunya ramai yang tidak mengenali atau susah membezakannya.

Terdapat banyak perbezaannya antara pokok tersebut, disini penulis akan hanya memaparkan perbezaan ketara dan senang untuk membezakannya.

Pertamanya, pokok karas malaysia akan nampak lebih rendang berbanding pokok karas siam dan perbezaannya sangat ketara jika kita betul-betul perhatikannya.


batang pokok karas malaysia


batang pokok karas siam
Dari segi batangnya, karas malaysia mempunyai kesan tompokan kulat di batangnya, sementara karas siam sebaliknya serta tiada langsung kesannya. 

bentuk daun karas siam
bentuk daun karas malaysia

Bentuk daun karas siam lebih berbentuk bulat, sementara karas malaysia berbentuk lebih kepada lonjong, rujuk gambar yang disertakan. Perbezaan ini sangat2 nyata dan ketara, jika diperhatikan betul2.

Pangkal daun karas siam
pangkal daun karas malaysia
Karas malaysia mempunyai pangkal daun lebih bujur berbanding karas siam yang mana pangkal daunya lebih kepada bentuk bulat.


Dari segi perbezaan yang dinyatakan di atas, secara mudahnya kita boleh mengenali antara karas siam dan karas malaysia. Mudah aje kan....?

Sekian, terima kasih.

untuk sebarang pertanyaan dan urusan belian anak pokok karas, sila lah berhubung dengan kami...
 019 988 0215 atau 014 5299 005
          07.58am.



No comments:

Post a Comment