click

Monday, 9 February 2015

POKOK UNTUK TAHUN 2015

Salam semuanya.
Bagi tahun 2015, admin meranti trader menawarkan pelbagai jenis pokok untuk dijual dan hantar kepada pembeli seluruh negara. Berikut merupakan spesis pokok yang ditawarkan :


   A.    DIPTEROKARP MERANTI

KOD
NAMA BIASA
NAMA SAINTIFIK

Meranti Merah Tua
Shorea spp (Dark red)
01
Meranti bukit
Shorea platiclados
02
Meranti seraya
Shorea curtusii




Meranti Merah/Merah Muda
Shorea spp (Red/Light Red)
03
Meranti bunga
Shorea teysmanniana
04
Meranti kepong
Shorea ovalis
05
Meranti rambai daun
Shorea acuminata
06
Meranti sarang punai
Shorea parvifolia
07
Meranti sarang punai bukit
Shorea ovata
08
Meranti tembaga
Shorea leprosula
09
Meranti melantai
Shorea macroptera




Meranti Putih
Shorea spp (White)
11
Meranti paang
Shorea bracteolata
12
Meranti pipit
Shorea assamica




   
     B.    DIPTEROKARP BUKAN MERANTI

KOD
NAMA BIASA
NAMA SAINTIFIK
13
Merawan
Hopea spp.
14
Keruing
Shorea spp.
15
Kapor
Dryobalanops aromatica
16
Balau
Shorea spp. (Balau group)
17
Chengal
Neobalanocarpus heimii
18
Gerutu
Parashorea spp.
19
Balau kumus
Shorea laevis
20
Mempisang
Annonaceae spp.
21
Keledang
Artocarpus lanceifolius

   
     C.    BUKAN DIPTEROKARP

KOD
NAMA BIASA
NAMA SAINTIFIK
22
Bintangor
Calophyllum spp.
23
Berangan
Castanopsis spp.
24
Damar minyak
Agathis boeneensis
25
Jelutong
Dyera costulata
26
Ara
Ficus



27
Durian
Durio spp.
28
Kelat
Eugenia spp.
29
Kempas
Koompassia malaccensis
30
Tualang
Koompassia excelsa



31
Keranji
Diallium spp.
32
Machang
Mangifera spp.
33
Merbau
Intsia palembanica
34
Nyatoh
Family of Sapotaceae
35
Perah
Elateriospermum tapos
36
Petai
Parkia spp.
37
Podo
Podocarpus spp.
38
Rambutan
Saindaceae spp.
39
Pulasan
Nephelium spp.



40
Sentul
Sandoricum koetjapa
41
Sepetir
Sindora spp.
42
Tembusu
Fagraea spp.
43
Tanjung
Mimusops elengi
44
Medang
Family of Lauraceae



45
Tekoma

46
Bungur

47
Khaya

48
Mohagani

49
Karas
Aquilaria malaccensis



50
Rhu pantai
casuarina equisetifiloa
51
Rhu Bukit
casuarina junghuhniana
52
Kedondong
family of burseraceae
53
Nangka
artocarpus heterophyllus
54
Cempedak
artocarpus cempedeu



55
Sukun
artocarpus communis
56
Jati
tectona grandis
57
Kayu Manis
cinnamomum iners
58
Kemuning

59
Cempaka Hutan




60
Semarak Api

61
Beringin

62
Kundang Hutan
bouea macrophyla
63
Pauh

64
Asam Kandis
Garnicia xanthnochymus
65
Mangga
Irvingia malayana
66
Asam Gelugor
garnicia artoviridis
      
    Sekian untuk kali ini.....
    berminat mahu order, call segera.... 11.11am



Saturday, 24 January 2015

PENGHANTARAN BENIH TAHUN BERAKHIR 2014

Salam semua....
Lama sudah jari jemari tidak menulis mengenai blog ini dan berkenaan anak pokok hutan. Apa pun anak pokok tetap menjadi anak pokok bukan boleh bertukar menjadi ibu pokok, perlukan masa untuk membesar.

Kini sudah msuk tahun 2015, Meranti Trader sudah masuk tahun ke 3 dalam edisi dunia tanpa sempadan, alhamdullilah syukur padaMu ya Allah Tuhan Sekelian Alam.

Setelah menempuh pelbagai kenangan dan cabaran terutamanya bah kuning 2014, Meranti Trader telah selamat menghantar anak benih pokok hutan ke destinasi dengan jayanya. Berikut merupakan beberapa keping gambar kenangan penghantaran anak pokok tesebut.

Semoga tahun 2015 lebih membawa kejayaan dan kecemerlangan  kepada MT.
spesis merawan
merawan
spesis balau
meranti Tembaga

spesis meranti kepong
nursery delivery
spesis pokok herba
  
durian belanda
tembusu, sukun dan kedondong
petai
Mas cotek
mahkota dewa
Gandar rusa
meranti  kepong
durian belanda
petai
Gajus madu
limau nipis, kasturi dan purut
belimbing besi

sekian dulu untuk permulaan tahun 2015.....


0605pm waktu malaysia.

Sunday, 23 November 2014

KENERAK PENAWAR KANSER

Salam to all malaysian people....
Semoga berada di dalam jagaanNya...sebelum meneruskan penulisan ini, izinkan saya menukilkan bahawa pada tarikh ini, dengan IzinNya saya telah diijab kabulkan dengan pasangan saya. Hari ini merupakan ulang tahun yang ke 11 kami...Ucapan Syukur Ahamdullilah kerana masih diberi peluang OlehNya meneruskan pelayaran bantera bahagia kami....InsyAllah...

Kali ini, saya akan menceritakan sejenis tumbuhan herba yang boleh digunakan sebagai penawar kanser, terutamanya kanser rahim dan kanser payudara. Tumbuhan tersebut adalah pokok Kenerak, dikenali juga sebagai pokok Selukai atau Selukai Putih.

POKOK KENERAK
Nama Tempatan :             Kenerak
Nama Saintifik :               Goniothalamus Umbrosus
Nama Lain :                     Selukai, Selukai Putih
Famili :                             Annonaceae

 Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi,berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning.Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar.Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri Anti kanser (kulit batangnya). Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak.
Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah.SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005.Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan danteknik baru yang berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.
BENIH KENERAK
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan benih....sila hubungi admin...
sekian.



Sunday, 26 October 2014

Cengal Hutan @ Cengal Batu

Salam semalaysia....
semoga sihat semuanya dan berada di dalam lindunganNYA. Tak Lupa juga salam maal Hijrah 1436.


Kali ini admin akan memperkatakan tentang spesis pokok hutan jenis berharga, mahal dan spesis kayu keras. Spesis yang dinyatakan adalah spesis Cengal atau nama saintifiknya Neobalanocarpus heimii, juga dikenali sebelum ini sebagai balanocarpus heimii (1001 garden plants in singapore).

Pokok Cengal ialah sejenis pokok kayu keras yang dapat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.


Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.
 
anak benih cengal

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

batang pokok cengal

Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di gunung Mandi Angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.
 
Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

 



Bagi yang berminat untuk mendapatkan benih pokok cengal ini boleh lah menghubungi admin, stok terkini 200,000 pokok. Ketinggian pelbagai dan bergantung kepada keperluan pelanggan.

Harga RM4....boleh runding dan penghantaran seluruh Malaysia.

Sekian Terima Kasih.
019 988 0215.

Monday, 8 September 2014

Tanah Baja @ soil fertilizer

Salam 1 Malaysia...
Semoga pembaca semua berada dalam keredhaan Allah...Selangkah sudah kita berada di bulan september 2014...hujan mulai membasahi bumi kelantan..Angin barat mulai bertiup menandakan tak lama lagi bumi bertuah kelantan akan memasukki musim tengkujuh...Bersyukur saya dan segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam masih  diberi peluang bagi menulis di alam maya tanpa sempadan ini...

Kali ini saya akan bercerita mengenai tanah baja atau soil fertilizer. Tanah baja merupakan suatu medium bagi penanaman anak pokok. Ianya merupakan campuran beberapa jenis bahan seperti pasir, kompos, sabut kelapa, sekam padi, bahan organik yang mempunyai sukatan tertentu. Tanah baja ini digunakan bagi meminimakan risiko pokok mati, memudahkan percambahan, menyuburkan pokok, meneutralkan tanah dan sebagainya.

Di Meranti trader, kami juga menyediakan tanah baja ini untuk pelbagai jenis tumbuhan seperti tanah baja untuk pokok bunga, pokok hutan, sawit, getah, kelapa dan spesis rhu. Setiap jenis pokok yang dinyatakan, ianya menmpunyai campuran yang berbeza.

 
Tanah baja
Penghantaran Tanah baja
Penghantaran Tanah baja

Berminat untuk dapatkan tanah baja, hubungilah kami....
Penghantaran seluruh Malaysia...

Sekian....



Wednesday, 13 August 2014

POKOK MERAWAN

Salam semua....
Selamat menyambut eidulfitri dan selamat hari raya...2014
Maaf zahir dan batin

kali ini, sekali lagi admin ingin menyatakan tentang benih pokok merawan atau di kenali juga sebagai pokok cengal pasir di sesetengah tempat di Malaysia.

Stok terkini benih pokok merawan ini lebih kurang 20,000 pokok dengan purata ketinggian 2.5 kaki ke 3 kaki dengan terisi di dalam polibag 7'x8' dan juga 6'x9'.

Kepada mereka2 yang berminat untuk mendapatkan benih spesis pokok ini boleh lah berhubung dengan kami, siapa cepat dia dapat.

 


 




Sekian dulu....
0806am