click

Thursday, 5 September 2013

KENALI BENIH POKOK MERANTI @ 1

Meranti Tembaga (shorea leprosula)


benih meranti tembaga

bentuk daun

bentuk urat daun

bentuk pucuk daun

bentuk hujung daun


Meranti Pipit (shorea assamica)

Benih Meranti pipit

Bentuk Pucuk
 
Bentuk Daun

Bentuk Urat daun

  
beza MP dgn meranti lain, adenya daun anak


Meranti Sarang Punai (shorea parvifolia)

Benih Meranti Sarang Punai

Bentuk pucuk

Bentuk Daun

Bentuk Urat daun

Bentuk Hujung Daun

Bentuk Belakang Daun

Meranti Bunga (shorea teysmanniana)


Bentuk keseluruhan pokok



Bentuk daun kecil dan jenis berpucuk




ps : berminat untuk membeli benih pokok-pokok ni...jangan lupo no hp yang tertera
       019 988 0215 
       014 5299 005





Tuesday, 27 August 2013

Spesis Terbaru....ogos 2013


Salam 1 Malaysia....
Bertemu kembali di ruangan maya ini....Setelah sekian lama bekerja dan bertungkus lumus...akhirnya kami berjaya menghasilkan beberapa benih pokok-pokok hutan yang agak sukar didapati...
Antara pokok-pokok hutan tersebut adalah seperti berikut.....

1. Meranti Seraya (shorea curtusii)
2. Meranti Temak Nipis (shorea roxburghii)
3. Chengal (Neobalanocarpus heimii)
4. Kapur (Dryopbalanops aromatica)
5. Keruing (Dipterocarpus spp.oily)

Stok bagi setiap spesis yang dinyatakan adalah seperti berikut :

1. Meranti Seraya (shorea curtusii)                     == 10,000
2. Meranti Temak Nipis (shorea roxburghii)        ==    8000
3. Chengal (Neobalanocarpus heimii)                  ==    6000
4. Kapur (Dryopbalanops aromatica)                  ==    5000
5. Keruing (Dipterocarpus spp.oily)                    ==  10,000


Kesemua benih-benih tersebut disediakan dengan saiz polibeg 4.7" x 6" dan 6" x 9" dan mempunyai ketinggian 2 kaki ke atas.

Kepada mereka-mereka yang berminat untuk membelinya jangan lah malu-malu dan segan segan sila lah col/sms kami dengan segera....













 019 - 988 0215 atau 014 5299 005 (POK LI)

harga.....tu yang keno col dulu baru kiter bley bincang....yang penting memang customer puas hati...

TERBAIK DARI KAMI.....

Wasallam....0306pm waktu malaysia.

Saturday, 13 July 2013

Buku Landskap '1001 garden plants in singapore'

Salam Ramadhan semua...

Kali ni saya nak tolong kenkawan skit yang berminat untuk mengenal dunia hijau atau dunia pokok-pokok. Ya...buku mengenai pokok-pokok yang ade kat dunia ni...

Buku ni sesuai kepada mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang kehijauan yakni, bidang pokok-pokok, kebun-kebun, tanam -tanaman, landskap dan semuanya berkaitan dengan hal-hal pokok...

kenapa? supaya susah skit di tipu sebab setengah orang ni cakap ajer nak pokok nama sekian sekian tapi pokoknya tidak kenal pon....so dengan adenya buku ini masalah anda akan mudah diselesaikan...buku ni semuanya lengkap tentang semua jenis2 pokok beserta gambar2 bewarna, nama saintifik, family name, common name dan origin.


Tajuk buku :1001 garden plants in singapore
Edisi : kedua

Penerangan isi kandungan :
-mengandungi 5 bab iaitu dan tidak di jual di kedai


1-climber
2-ferns & allies
3-shrubs
4-cycads & palms
5-tress


-semuanya lengkap tentang semua jenis2 pokok beserta gambar2 bewarna,nama saintifik, family name, common name dan origin.


harga rm250.00 sahaja
 

-ade 8 unit sahaja
-sapa cepat dia dapat












berminat boleh col/sms/email :

hp :014 5299 005
email :fadli.kelgis@yahoo.com


***buku nie takde jual kat kedai

Wednesday, 10 July 2013

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK....2013

Salam semua...terutamanya kepada pembaca blog ini...semoga hidup kite diberkati olehNYA...

tidur bangun tidur bangun ...rupanya dah masuk bulan mulia Ramadhan..bulang yang ditunggu bagi melipat gandakan usaha ibadat dan sedekah....lama betui dah saya tidak berblogka...sibukan katekan or buat2 sibuk...

saya pon x tahu nak cerita ape sempena bulan ramadhan ni...yang tahu nyer...akan ader khemah besar di stadium untuk kemudahan sembahyang terawih, siap ade aircond dan biasanya imam dari mekah, dia punye bacaan sembahyang terawih perghh!! supo dok di mekah...cuma kekadang bacaan nyer agak panjang dan tidak sesuai bag orang yang tidak boleh berdiri lama...(alasan jer tu....) ade bazar ramadhan...makanan best2...ok habis....

Di sini saya postkan beberapa perkara tentang puasa...di petik dari blog dr maza.....selamat membaca..


BEBERAPA SANGKAAN TENTANG PUASA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.



Mandi Masa Puasa

Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

Tidak Mandi Junub
Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).


Muntah
Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

Imsak
Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya)
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Musafir

Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

Tidak Sengaja
Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).
Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.
Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.
Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.
* Artikel ini tersiar di “Kolum Dr Asri – Yahoo News Malaysia”


sekian, terima kasih.....11.14am

Tuesday, 12 March 2013

tower tree / Schizolobium Parahybum

As salam....

Tower tree atau nama saintifiknya schizolobium parahybum boleh dijumpai dimana-mana sebab landscape arkitek banyak guna pokok ini kerana karekternya yang unik, mempunyai nilai estetiknya tersendiri malah senang tumbuh di malaysia kerana kesesuaian hidup di iklim khatulistiwa. Cepat membesar (boleh capai 7meter dalam 3 tahun)ketinggian matang pokok boleh mencecah 35 meter.

 
tower tree
sesuai di tanam di tepi bangunan
  
sesuai untuk kawssan taman-taman





 anda berminat blh col/sms : 019 988 0215/ 014 5299 005






Friday, 8 March 2013

Pokok Doa @ Bucida Molineti (jenis landskap)

As salam dan selamat sejahtera semua...

 

Di sini saya promosikan serba sedikit tentang pokok landskap iaitu pokok doa/bucida/busera.......selamat membaca.... 

 

Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. 

  

Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol. Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. 

 

Berminat untuk dapatkannya col/sms 014 5299 005...



stok pokok bucida

di tanam di kwsn perumahan
 
di tanam di laluan awam
teduhan di kawasan bandar
sampel tempat awam/permainan

Thursday, 7 March 2013

Palma Ekor Musang/Tupai



Assalamualaikum....
Salam sejahtera  kepada semua pelanggan,
Syarikat kami membekalkan palma Ekor musang/tupai, sejenis palma yang banyak digunakan untuk menghiasi bandar-bandar utama dan halaman rumah. Kami menjual palma ekor musang/tupai dari pelbagai saiz dan ketinggian untuk kontraktor lanskap dan orang perseorangan. Syarikat kami telah menanam sehingga 1000 pokok palma ini dan menawarkan harga yang paling berpatutan.

Palma ekor tupai/musang
Foxtail Palm atau Palma Ekor Musang dikenali dengan nama saintifik Wodytia bifurcata sejenis palma yang menarik, popular dan mempunyai permintaan yang tinggi. Foxtail palm banyak ditanam sebagai tanaman hiasan di bandar-bandar utama, di sepanjang jalan, di kawasan bulatan jalan, menghijaukan suasana kawasan kediaman rumah dan bangunan-bangunan kerajaan.

Sekiranya anda berminat membeli palma ini, syarikat kami menjual dari ketinggian 1 kaki- 13 kaki. Sila hubungi saya, 019 9880215/014 5299 005...