click

Friday, 8 March 2013

Pokok Doa @ Bucida Molineti (jenis landskap)

As salam dan selamat sejahtera semua...

 

Di sini saya promosikan serba sedikit tentang pokok landskap iaitu pokok doa/bucida/busera.......selamat membaca.... 

 

Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. 

  

Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol. Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. 

 

Berminat untuk dapatkannya col/sms 014 5299 005...



stok pokok bucida

di tanam di kwsn perumahan
 
di tanam di laluan awam
teduhan di kawasan bandar
sampel tempat awam/permainan

7 comments:

  1. macamana nak buat benih pokok doa?

    ReplyDelete
  2. mna dh dpt dgn hrga murah?

    ReplyDelete
  3. Nak bg tinggi perlu ka potong tingkat bawah sebab pokok bucida berusia 3 tahun tingkat bawah dekat sgt dgn tanah

    ReplyDelete
  4. Klau kita potong pendek pokok ni, adakah dia akan tumbuh semula?

    ReplyDelete