Assalamualikum dan Salam Sejahtera.....
Bersyukur saya ke
hadrat Ilahai masih di beri kesempatan menruskan penulisan blog
pokok-pokok hutan. Sebelum tu Al-fatihah disedekahkan kepada penumpang MH370 dan salam takziah. Kita mampu merancang Allah yang akan
menentukannya, sentiasalah kita bersangka baik kepadaNya.
Kali
ini admin akan menengahkan mengenai sejenis pokok yang senang untuk di
lihat di mana-mana tetapi sukar untuk didapati benihnya di Malaysia.
Pokok yang di nyatakan adalah spesis Tembusu. Terdapat 2 jenis spesis Tembusu iaitu Tembusu Hutan dan Tembusu Padang. Nama santifiknya fagraea
spp.. Tembusu Hutan dikenali sebagai fagraea
gigantea manakala Tembusu Padang pula fagraea fragrans. Apa bezanya kedua-dua spesis tersebut ?
Kedua-dua spesis ini merupakan sejenis pokok yang sama bezanya pada tempat di mana spesis ini tumbuh. Contohnya, jika spesis ini tumbuh di padang maka namanya dikenali sebgai Tembusu Padang, manakala jika tumbuh di hutan dikenali sebagai Tembusu Hutan. pada hakikatnya ianya merupakan spesis pokok yang sama.
fagraea spp. |
Spesis pokok ini admin sudah iklankan di mudah.my dan sambutannya agak menggalakan. Stok bagi benih pokok ini adalah 8000 pokok, terbahagi kepada 2 ketinggian iaitu, 2 kaki jumlah stok 1000 pokok dan 3 kaki ke atas 7000 pokok. Spesis ini spesis yang sangat mudah di urus, tahan lasak serta mudah hidup subur seperti spesis Cengal Pasir. Pokok ini juga sesuai di tanam di kawasan ladang hutan, tapak-tapak projek, serta boleh dijadikan sebagai tanaman ganti kawasan membalak.
sekian terima kasih.